BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 15 Januari 2011

pujukan hati

aku slalu dilukai bila aku bnar2 mnyintai..ap salah aku.aku sayang korang spnuh hati..salah ke korang balas yang sama.aku x mintak lebih..cukup la korang betul2 stia..bukan sekadar njoy smata2....ako doakan korang terima yang sama cam aku rasa...bia lbh pun xpe.....bia korang rasa......patot ke sume ni....?????????????? Sudah lama saya mengulang baca ayat ini untuk diri. Kali ini saya ulang kembali. Saya sukakan dua ayat ini. Ayat pujukan daripada Tuhan meredakan keresahan hati, doa yang memberi jalan keluar daripada kesulitan jiwa, peringatan yang menyedarkan pilihan kita penuh cabaran. Hiduplah dengan rasa bertuhan. Adakalanya senyap itu satu ujian kepada diri. Melihat kepada ketahanan diri dan menilai kembali dalam sesingkat umur yang ada berbaki. Ingatilah apa yang kita suka adakalanya bukan yang terbaik untuk kita. Logik manusia merasakan ia manis, tetapi logik Tuhan yang menyusun keadaan sebaliknya. Ayat Al Baqarah 216 menyebut "...Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. " Sudah masa kita ubati diri dengan bantuan Tuhan. Doa ayat 286, surah al Baqarah: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diri dan orang lain. Amin. Perasaan kecewa dan sedih selepas perpisahan berlaku adalah perasaan yang paling perit sekali, korang akan dapati ada antara korang yang akan mengelamun, tenung dinding sampai boleh tembus dinding tu, ada yang akan kurung diri dalam bilik berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan… tapi jangan sampai bertahun, masa depan korang panjang lagi. Ada pulak yang akan cari kawan paling rapat, untuk bercerita gundah gulana yang menimpa hati, lepas tu mula la cerita 2 3 jam tak habis-habis, kalau dalam henpon tu sampai kena charge pulak. Tips pertama untuk Gembira Selepas Break: Perpisahan buatkan korang sedih, jangan nafikan. Korang rasa nak menangis, menangis ler! Teriak puas-puas sampai tank air mata dah kering. Tapi agak-agak yer nak menangis pun, kasi tempat private yer. Jangan pulak anjurkan program realiti Public Displays Affaction. KeDua: Seperti biasa, hubungi teman-teman paling rapat dengan korang/atau family korang. Jangan call si ex pulak! Korang cerita puas-puas perasaan korang tu kat member2 korang. Tak kisah le kena charge henpon ke atau chatbox yang dipenuhi dengan ayat2 putus cinta korang. Sharing is caring, dan pada masa yang sama boleh mengurangkan beban yang ditanggung. Lagi best, kalau korang buat konferens dlm YM ke Skype ke, lagi cepat kurang masalah tu. InsyaAllah Ke-Tiga: Keluar dari tempat kurungan anda, pergi le shopping ke buat activity yang korang tak pernah buat ketika bersama si -X. Gi Spa ke, saloon ke, cantikkan diri anda. Biar seanggun bak bidadari. Mana tau kalau keluar dari spa terus terserempak dengan si X, baru dia nyesal lepaskan korang dulu. Jadikan diri anda selasak yang mungkin, g gym, join tomoi club ke, paling tidak pun jogging. Selain menyihat kan dan distract pikiran korang dari pikirkan si X, mana tau kot-kot ada brader kat tempat tu yg bisa menarik perhatian korang dan 100 kali lebih baik dari si X. 0ha, kan dah ada pengganti tu. Layan diri korang sebaik mungkin, beri kan layanan yang si bekas teman lelaki tak mampu berikan. Contoh : kalau berduit belikan bling-bling baru, jam baru, tedi bear yang lagi besar dari si X. Ala pandai2 la korang layan diri korang, Korang lebih mengetahui diri korang sendiri. keEmpat: Setiap yang terjadi ada sebabnya. Korang berpisah dengan si X, perkataan pertama patut keluar dari mulut korang ialah “Syukur Alhamdulillah”. Kenapa? Kita tak dapat mengagak masa depan kita, seandainya masa depan kita di takdirkan hancur dan haru biru sekiranya masih bersama si X. Oleh itu kita patut syukur dgn perpisahan ini. Jangan menyalah kan takdir, jangan pikir “kebaikan” andai korang masih lagi bersama si dia. Benda yang sudah lepas, biarkan lepas. Korang kena teruskan hidup untuk masa depan, bukan hidup meratapi masa lepas. keLima: Dekatkan diri dengan Tuhan. Jangan le masa happy-happy lupa Allah, masa sedih baru nak kembali ke jalan yang benar. Tapi itu lah manusia. saya, korang dan semua boleh dikatakan lupa Allah tatkala kegembiraan duniawi mengaburi diri. Allah menurunkan sedikit musibah seperti perpisahan, untuk mengingatkan kita yang Allah Maha Esa masih menyayangi kita. keEnam: Dah kembali solo, ini lah masanya untuk korang ramaikan network korang. Macam mana nak ramaikan kawan2? Jangan segan silu untuk buka Facebook ke friendster ke paling koman buka la tagged, add le pakwe-pakwe hensem dalam tu. Say HI kat diorang. Sure diorang dengan secepat keta lumba Ferari diorang akan reply. Tapi pasti kan korang letak la avatar secute semolek yang mungkin. Gembirakan hati anda semaksimum mungkin ~Tapi jangan sampai lupa Tuhan ler. Enjoy aktivity dengan kawan2 lama mahupun baru, gelak ketawa yang boleh membuatkan korang lupa akan si X. Ketawa Penawar Duka. Statement ni bukan saja direka-cipta untuk tontonan umum jer, inilah saat nya untuk praktik statement tersebut. So apa lagi, buka Cartoon Network, Nick mahupun Adik di 9, tonton rancangan/movie yang boleh bikin korang ketawa dan tersengih. Jangan pulak korang gi layan lagu tangkap leleh, nescaya la tips-tips di atas mahupun tips dari pakar pun tidak akan berhasil. Jangan memain dgn kuasa sebuah lagu. keTujuh: Beramal jariah. ha.. ini tips rasanya susah nak dapat walaupun tanya dari PakCik Gugel, takde orang letak pasal ni lagi. Tatkala bersedih, kurangkan kesedihan dengan bersedekah dan beramal jariah. Sedekah wang bagi yang mampu, , aku kurang bersedakah dengan duit/cash!. Almaklumle kat KL ni ramai dari Burma la Indon la, tubuh badan sihat, tapi mintak sedekah juga! Apakes!… Seeloknya bersedekah pada kanak-kanak, contoh bagi coklat ke, budak-budak tak leh main duit. hehe. Bukan pada manusia je, pada makhluk Allah yang lain pun boleh, kasi kucing jalanan makan ke. Sure korang akan bangga dan seronok dengan aktiviti kebaikan seperti tu. Cayalah! Ringankan kesedihan ditanggung dgn amalan mulia. keLapan: Jangan harap dia pulang ke sisi mu. Yakin kan pada diri anda si dia takkan pulang-pulang kepada mu. Berpijak lah di bumi yang nyata, di realiti! Sedar atau tidak, yang membuatkan korang sedih bukan nya saat dia say babai kat korang, tapi setiap kenangan korang bersama dengan si X. Tak dapat dinafikan kenangan itu lah yang tak dapat korang lupakan. Begitu juga tuan pengarang sorang ni. Nak tanak, korang terpaksa juga meredah keperitan itu. Tinggalkan kenangan tersebut lebih baik dari mengharap pada harapan yang tak pasti. Itu lebih menyiksa kan hidup. TInggalkan kenangan, cari kebahagian yang baru bersama insan yang lebih baru

0 ulasan: